Encik Suami Mat Salih Celup Ep10

Iman memujuk Ian dan minta maaf. Dia cuma mahu keluarga itu bahagia saja. Iman berpakat dengan walid untuk pujuk Umi pula. Walid pujuk isterinya dan akan sentiasa beri sokongan. Akhirnya Ian dan Umi cuba menyelesaikan masalah mereka. Barulah Ian tahu cerita sebenanya, neneknya yang merayu agar dia ditinggalkan bersamanya jika Umi mahu pulihkan hubungan mereka. Kerana walid Ian berkahwin dengan Julia tanpa restu daripada nenek Ian. Selepas itu Ian dan umi makin erat dan mesra. Ian sengaja nak kenakan Iman dan umumkan yang Iman kena masak malam itu. Iman pula nak kenakan semula Ian, masak Ikan keli, tempe goreng iaitu semua benda yang tak pernah Ian makan dan tak suka ikan keli. Ian mogok lapar tapi bila dipujuk, cair dan terpaksa akur dengan cikgu garangnya untuk makan juga. Waktu itulah Ian terlepas cakap Iman bukan cinta pertamanya tapi cinta paling mendalamnya. Tapi bila Iman tanya semula betul ke apa yang Ian maksudkan, Ian buat-buat tak tahu. Iman makin keliru. Bila dapat tah

Related Posts

Load comments