Encik Suami Mat Salih Celup Ep9

Iman terkejut dengar jeritan Ian yang bermimpi. Bila Ian terjaga, dia mahu Iman berjanji tidak akan tinggalkannya. Iman walaupun hairan, berjanji juga. Paginya Ian menghilangkan diri walaupun demam. Iman risau. Tambah risau bila Umi juga tak buka mulut langsung. Iman nekad untuk selesaikan masalah mereka. Iman cari Ian di pejabatnya walaupun hari Ahad. Ian memang lari dari uminya lalu Iman paksa pergi ke klinik. Dan Iman terpaksa akur bila Ian tak mahu balik rumah semula pada masa itu. Walid nasihatkan supaya Julia berterus-terang pada Ian apa yang sebenarnya berlaku. Dia tak mahu Ian terus berdendam dan terluka. Tapi Julia merasakan jika dia berterus-terang, akan mengaibkan ibu mertuanya pula. Dia tak mahu Ian menuduhnya menunding salah pada orang lain pula. Selepas kejadian itu Ian jadi pendiam dan hanya balik ke rumah untuk tukar baju saja. Iman puas memujuk Umi yang juga muram saja dan pujuk Ian mahu tahu cerita sebenar tapi dua-dua diam saja.

Related Posts

Load comments