Jangan Ikut Aku Ep2

Dukun Anjang Itam musuh Tok Misai sejak sekian lama telah lama mengidam untuk mendapatkan Cincin Keramat 4 yang dimiliki Tok Misai. Dukun Anjang Itam bengang kerana walaupun telah dia berjaya membunuh Tok Misai, Cincin Keramat 4 tetap tidak dijumpainya. Akil gembira kerana penyakit gatalnya telah sembuh setelah dia mandi dengan air jampi yang diberi oleh Tok Misai. Akil lebih ceria kerana tidurnya tidak lagi diganggu dengan penyakit gatalnya dahulu. Siti pulang ke kampong untuk menghadiri pengkebumian ayahnya, Tok Misai. Setelah selesai, Siti sedaya upaya mencari cincin Keramat 4 milik Tok Misai tetapi tidak berjumpa. Siti tahu seseorang telah mengambil cincin tersebut dan kematian ayahnya juga mungkin ada kaitan dengan cincin tersebut. Siti menyiasat untuk mengetahui siapa orang terakhir berjumpa dengan Tok Misai. Setelah menyelidik Siti dapat tahu orang terakhir berjumpa bapanya adalah Akil. Sementara itu, Sham yang tidak puas hati dengan Cikgu Shila yang telah memutuskan hubungan dengannya tidak berhenti mengganggu Cikgu Shila. Suatu hari Akil ternampak Sham menganggu dan memaksa Cikgu Shila mengikutnya. Akil menolong Cikgu Shila dan berjaya menakutkan Sham. Setelah pulang dari kampong, Akil mula mengalami berbagai peristiwa yang pelik seperti Nabil merengek seperti budak kecil dihadapannya [dirasuk Jin peliharaan Tok Misai], makanan dan pakaian telah tersedia untuknya sebelum dia pergi kerja dan Akil akhirnya ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampong untuk berubat dengan Tok Misai tetapi terkejut bila Mak Mah memberitahu yang Tok Misai telah meninggal dunia kerana di bunuh. Bersambung….


Related Posts

Load comments