BADRUL (25 tahun) adalah seorang pemuda kampung yang suka membuat kacau dan sangat dibenci oleh penduduk kampung yang lain. Setiap kali BADRUL membuat perkara jahat, opahnya HALIMAH (70 tahun) akan segera pergi meminta maaf kepada mangsa-mangsa BADRUL. Kerana kasihankan HALIMAH, penduduk kampung yang lain mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan kepada BADRUL. Kemuncaknya, BADRUL telah terlibat dengan kegiatan pecah rumah selepas terpengaruh oleh kawannya yang jahat. Perbuatan mereka akhirnya terbongkar dan BADRUL telah ditahan oleh pihak polis. Pada masa sama, penyakit alzheimer yang dihidapi oleh HALIMAH semakin parah dan kritikal yang akhirnya membuatkan HALIMAH menjadi nyanyuk secara kekal, hilang ingatan dan tidak mengenali cucunya sendiri. Tanda-tanda penyakit alzheimer seperti kerap lupa, sering mengulangi percakapan, sukar membuat keputusan, keliru dengan masa dan tempat,dan kesukaran membuat kerja-kerja seharian sudahpun ditunjukkan oleh HALIMAH sejak kebelakangan..
